Friday, January 2, 2015

DEMAM DAN ANAK


Demam ni adalah perkara yang merisaukan ibu bapa. Bila anak demam, ibu bapa jadi panik dan mungkin tertanya2 "Anak aku fully breastfeed tapi kenapa demam juga?"

Pertama kita kena tahu apakah itu demam? 

Demam menandakan sistem pertahan badan sedang di-activate untuk melawan jangkitan. Biasanya demam yang tiba2 disebabkan oleh tubuh anak kita terdedahnpada virus baru. Sebab tu lah selalu jumpa doktor, dia kata "Ini viral fever".

Bila diberi ubat macam paracetamol (pcm), ia bukan untuk bunuh virus tu tapi memberi kelegaan misalnya turunkan suhu badan, kurangkan sakit sendi, etc. Untuk melawan virus itu memerlukan antibodi dari tubuh anak kita sendiri.

Sistem imuniti berbeza2 pada setiap orang. Ia bergantung kepada 'kecantikan sel' dalam tubuh. Anak yang diberi makanan berkhasiat & seimbang, bebas dari udara kotor, ceria gembira & bersemangat akan sembuh lebih cepat dari yang sebaliknya. Kenapa? Makanan yang tidak berkhasiat dan pencemaran menjadikan tubuh anak kita lebih cepat menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel; dan anak yang tak gembira (stress) menghasilkan hormon kortisol yang melambatkan respon tubuh untuk membina antibodi.

Kerana itulah anak2 selalu demam bila disuntik vaksin. Ia bukan petanda tak baik tapi adalah baik kerana menunjukkan tubuhnya bertindak ke atas vaksin virus yang disuntik ke tubuhnya.

Kalau anak cuma demam ringan (tidak melebihi 38 darjah C) ibu bapa tak perlu nak cepat2 beri pcm, sebab peningkatan suhu badan tu menunjukkan badannya sedang 'berperang' dengan jangkitan tu. Dan ia indikasi yang bagus sebenarnya, sebab bila suhu badan meningkat, pembiakan virus/bakteria penyebab penyakit menjadi perlahan. Tahu kenapa ubat kimoterapi adalah panas? Sebab suhu yang panas memperlahankan sel kanser dari merebak serta membunuh sel kanser tu.

Jadi ibu kena ada termometer di rumah untuk sukat suhu badan anak kalai rasa badannya panas. Kalau suhu badannya tak melebihi 38 degree C, ibu tak perlu risau, tapi itu adalah indicator bahawa anak perlukan vitamin untuk meningkatkan imuniti tubuhnya. Bila melebihi 38 degree C, sebaiknya bawa terus berjumpa doktor. Ini kerana demam tinggi tu boleh jad indicator kepada penyakit2 lain, seperti:

- denggi
- jangkitan virus seperti selesema, hepatitis, etc
- jangkitan bakteria seperi sreptococus
- pendarahan dalaman
- petanda kanser terutama yang berkaitan dengan darah dan sebagainya
- jangkitan terhadap organ seperi pneumonia, etc
- penyakit autoimune
- kerosakan organ dalaman

Dalam kes2 di atas, demam adalah petunjuk yang penting. Kalau tak demam macamana kalau tiba2 dah tahu sakit lukaemia peringkat ke-4... Oleh itu kalau sering demam panas, jangan pandang enteng. Lebih2 lagi demam panas boleh membawa kepada sawan.

Tips ringkas Untuk Hadapi Anak Demam:-

1- Sediakan "first aid kit" di rumah dengan keperluan2 seperti termometer, 
2- Sukat suhu badannya bila dia mula menunjukkan ciri demam.
3- Rutinkan anak dengan supplement untuk kuatkan imuniti tubuhnya 
4- Pastikan anak minum air masak. Kalau dia tak boleh minum (pahit mulut) berikan dia jus yang tidak mengandungi kafein. Cuba elakkan beri minuman isotonik berkarbonat kepada anak.
5- Jangan tergesa2 beri PCM kalau anak cuma demam ringan (di bawah 38 degree C). Tapi pastikan sukat selalu suhu badannya. Anak saya biasanya lepas 1-2 jam, panas badan dah turun.
6- JANGAN BERI ANAK UBAT ORANG DEWASA ATAU UBAT TERKAWAL SEPERTI ANTIBIOTIK. Antibiotik hanya boleh dipreskripsi oleh doktor sahaja.
7- Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah. Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK.
8- Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Macam takde harapan nak hidup je mak aku ni.
9- Doakan yang baik2... Jangan terlalu ikut emosi. 

*** Tips untuk anak demam ringan saja. Kalau demam sebab penyakit2 tertentu cepat2 rujuk pada doktor... Tak payah tunggu orang ni kata apa orang tu kata apa. Once hit 38 degree C, terus bawa jumpa doktor tak payah fikir2 dah. There are lots of cases lambat bawa ke doktor yang 'merosakkan' badan anak itu.

KONSULTANT QASEH GOLD ANDA
HAFIZAH (013-3473473)


5 MAKANAN SIHAT ANAK ANDA!!!!!!!!!!!!!!

Kita sering mendengar tentang anak-anak kekurangan gizi seimbang..apa puncanya??Ya, sekali lagi saya salahkn ibu bapa..kerana apa??kerana tidak memberikan makanan yang betul untuk anak-anak..

Ingat para ibubapa sekalian..anak-anak belajar dari seawal usia..janganlah kerap memberikan makanan yang manis seperti gula-gula, aiskrim, makanan berpewarna tambahan seperti keropok, dan lain-lain...Janganlah akibat kesibukan kita..anak-anak menjadi mangsa..anak-anak mendapat penyakit..kasihan mereka yang tidak kenal lagi tentang pemakanan sihat..xsemestinya WAJIB bagi makan nasi...bukan..

Disini saya kongsikan beberapa kelas/ jenis makanan khusus untuk anak-anak kita..HARAP BERGUNA UNTUK IBU BAPA..

4 MAKANAN SIHAT BERGIZI UNTUK ANAK ANDA....
 

Piramid Makanan Untuk ANAK-ANAK


Makan sedikit – lemak, minyak dan gula 
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang 
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan 
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 

1) Nasi dan gantiannya 
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda. 

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran 
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit. 

3) Ikan, daging dan gantiannya 
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka. 

4) Susu dan hasil tenusu 
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. 

kredit2darlingninie.blogspot.com

HARAP BERMANFAAT...

KONSULTANT QASEH GOLD
HAFIZAH (013-3473463)

5 FAEDAH MENGURUT BAYI ANDA..

Assalamualaikum w.b.r.t....ibu-ibu sekalian..sihat??harap semuanya sihat..
alhamdulillah..saya sihat dan cerdas hari ini..ingat kata-kata dari prof. Muhaya.
"bila kita berfikiran positif, insya Allah badan kita juga akan positif"
sy pasti, ibu-ibu masa kini banyak yang bekerjaya dan memiliki keluarga..bekerja dan dalam masa yang sama mempunyai rutin membesarkan anak dan menjaga keperluan rumah tangga, jangan lupa tuntutan agama kita..insya Allah..jika kita meletakkan islam dan Allah yang utama, segala pekerjaan kita pasti menjadi mudah..amin..

ibu-ibu pasti sering mendengar tentang sentuhan anak boleh membantu mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan anak serta menstabilkan emosi anak-anak..namun kadang kala kita lupa untu sentuh anak kita akibat kesibukkan kita bekerja seharian...saya tidak nafikan, saya juga menjadi salah seorang ibu yang acap kali lupa memberikan sentuhan bermakna untuk anak saya...punca nya keletihan...


Ohya..kita balik semula pada tajuk di atas..hehehe,...


Hari ini saya nk berkongsi dengan ibu-ibu tentang 5 FAEDAH MENGURUT BAYI..sama-sama kita amalkan..insya ALLAH

1- Menyokong proses ikatan (bonding) antara anda dan bayi anda,
2-Melegakan tekanan otot yang disebabkan oleh 'motor skills acquisition',
3-Menenangkan bayi dan melegakan simptom 'colic'
4- Otak dan motor serta keyakinan diri berkembang dengan baik,
5-Membantu bayi mempelajari postur yang betul dan cara pergerakan



JOM TAHUN BARU 2015 dengan AZAM BARU ..kita ambil masa 30 minit untuk mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan anak..INSYA ALLAH..


KONSULTANT QASEH GOLD ANDA
HAFIZAH (013-3473473)