Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar. Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.
APA ITU MASTITIS?
|
tompok merah dan ketulan di bahagian bawah payudara |
Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara. Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.
|
tompok merah di bahagian atas payudara |
Bagaimana nak tahu simptom mastitis?
Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah :
- Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
- Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
- Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)
CARA MERAWAT BENGKAK SUSU/ MASTITIS DI RUMAH
1. Makan Vitamin C
Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam.
Disarankan ambil pil/tablet bukan buah-buahan. Tengah pantang kan?? Kalau saya, jadi bentan juga.. Demam menggigil sebab buah-buah bersifat sejuk.
Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.
2. Tuam Panas dan Tuam Sejuk Berselang-seli
Tuam panas -
Tuam panas ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit bengkak dan membantu aliran susu lebih baik.
Antara caranya boleh jadi mandi pancuran air suam atau kain yang dicelup air suam atau botol air yang diisi air suam atau macam mana sekalipun lah. Pancuran air tu hala directly pada bahagian yang bengkak.
|
Kain yang dicelup air suam panas |
|
Mandi pancuran air suam panas.. tahap kepanasan yang paling boleh tahan okay |
Kita tuam panas ni sambil pam/ menyusukan bayi. Untuk clearkan saluran susu yang tersumbat. sambil pam tu boleh guna sikat biasa dan sikat cik B dari atas/luar ke arah areola atau boleh juga urut secara circular di tompok-tompok yang bengkak perlahan-lahan..
|
urut mana-mana ketulan dengan cara circular/memutar secara perlahan-lahan |
Tapi satu masalah lain; kalau tuam panas ni adalah susu akan sentiasa keluar dan keluar dan keluar..
Tapi disebabkan ada saluran susu yang tersumbat/ tersekat/ block akan menyebabkan payudara lebih bengkak dan sakit
So the next step membantu..
Tuam sejuk -
Caranya boleh guna ketulan ais yang dibalut dengan kain atau kalau ada ice-pack pun boleh.. Kelopak kobis yang sejuk dari peti sejuk pun adalah salah satu teknik tuam sejuk.
|
Letak kelopak kobis yang telah disejukkan dalam peti ais |
|
atau gunakan air kiub yang dibalut dengan kain |
Tujuan tuam sejuk ni untuk 'sekat' atau 'renjat' atau memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang 'panas' dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa
Amaran:
Tuam sejuk tak boleh lama-lama.. sebab boleh stop kan pengeluaran susu terus macam apa yang berlaku pada saya masa anak pertama.
Selang-selikan tuam panas dan sejuk. Sebab kita nak clear kan saluran yang tersekat dan dalam masa yang sama kita taknak pengeluaran susu terganggu jadi kena buat selang-seli sehingga semua saluran susu clear dan susu dapat flow dengan baik..
3. Makan Bawang Putih Mentah Sehingga Simptom Mastitis Hilang
Antara khasiat bawang putih adalah ia membantu dalam melegakan keradangan (inflammation) akibat mastitis.
Bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat kuat. Tompok-tompok merah yang sakit tu adalah salah satu tanda radang. Kalau dibiarkan mungkin melarat. Jadi pengambilan bawang putih mentah dalam menu pantang tu membantu.
Caranya, bawang putih yang dah dikopek kulit tu dicincang dan campur dalam nasi putih panas yang kita nak
makan.
|
cincang-cincang bawang putih mentah |
Namun begitu, perhatikan juga reaction baby pada bawang putih. Baby maybe tak suka 'rasa' bawang putih bila menyusu. Dan sekiranya perut baby macam tak selesa atau ada kesan sampingan, stop pengambilan bawang
putih.
4. Teruskan Penyusuan Bayi Dengan Kerap Untuk Halang Bengkak Susu/ Mastitis Berulang
Ya, maybe akan sakit sikit tapi ini memang wajib dilakukan untuk pastikan saluran susu tidak berterusan tersumbat.
Dan selalu offer baby breast yang bengkak tu dulu. Kadang-kadang mungkin susu tak banyak keluar sebab ada saluran tersumbat tapi teruskan sahaja.
Pastikan bayi menyusu dengan kerap. Masa awal-awal pantang, susukan bayi setiap 2 jam sekurang-kurangnya.
Ini memang dapat elakkan dari bengkak susu berulang lagi.. dan yang paling penting dapat memastikan penyusuan bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun dengan pengenalan kepada makanan pepejal..
Jangan cuba untuk wean off baby (putus susu) dengan memberi susu tiruan kepada bayi atau memperkenalkan botol susu. Dikhuatiri production susu akan berkurangan dan baby juga akan keliru puting (nipple confusion). NO NO NO!...
Sekiranya bayi skip waktu menyusu, pastikan kita pam susu dan simpan mengikut cara penyimpanan susu yang disarankan. Jika dibiarkan atau bayi kurang menyusu pada payudara yang sakit/bengkak ini, dikhuatiri susu akan berkurangan di payudara tersebut.
5. Berjumpa Dengan Doktor
Mastitis atau bengkak susu yang dibiarkan akan boleh menyebabkan jangkitan seterusnya terkumpul nanah atau terjadinya Breast Abscess.
Jadi jangan dibiarkan melarat. Berjumpa dengan doktor. Mungkin akan diberi antibiotik. Kalau dibiarkan melarat mungkin memerlukan pembedahan membuang nanah.
6. Elak Dari Memakai Makaian Yang Ketat
Pakai pakaian yang longgar sahaja dan kalau boleh tak perlu pakai pakaian dalam supaya tidak memberi 'tekanan' pada breast. Dan tidur dalam keadaan terlentang/ mengiring (bukan meniarap).
7. Minum Air Secukupnya dan Makan Makanan Berkhasiat Serta Cuba Dapatkan Rehat Yang Secukupnya
Memang sewaktu tempoh berpantang, susah sangat nak dapatkan tidur yang mencukupi. Tapi cubalah.. Mana-mana kerja yang kurang penting, tinggalkan atau dapatkan bantuan orang lain.
Konsultan Qaseh Gold Anda
Puan Hafizah (013-3473473)