Thursday, December 18, 2014

SUSU IBU



Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.

Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan

Jadi inilah salah satu penyebab kenapa saya menyokong penyusuan susu ibu kepada bayi kita seawal kelahirannya sehingga 2 tahun. banyak keistimewaan dan kelebihannya sama ada untuk ibu mahupun anak kita sendiri...

Bahkan susu ibu yang mengalir walaupn setitik sebenarnya cukup mengengangkan perut bayi yang baru dilahirkan..

Saya mendoakan agar ibu-ibu di luar sana mempunyai tekad dan azam serta beristiqamah dalam menyusukan anak-anak ibu. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk menyusukan anak-anak kita sehingga 2 tahun..Amin...



No comments:

Post a Comment