Thursday, December 18, 2014

Eczema

Bismillahirahmannirrahim...

Hari ini sy nak bercerita tentang ECZEMA...
18 Disember 2014, saya telah membawa putera kesayangan saya untuk membuat 'medical check up' biasa..rutin..yela dah 1 tahun 2 bulan..sekejap je masa berlalu..

Sedang tunggu giliran..sy bersembang dengan seorang ibu ini..anaknya mengalami Eczema..

Apa itu Eczema??


ECZEMA merupakan penyakit kulit yang biasa diamai dikalangan bayi, namun begitu orang dewasa juga tidak dikecuali.

Penyakit eczema biasa berlaku dikalangan kanak-kanakberumur antara 2-6 bulan. Salah satu jenis eczema ialah "Atopic Dermatitis".

"Atopic" adalah satu masalah yang akan menyebabkan daya tahan mekanisma pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetus simptom "Oversensitivity".

Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa.

Walaupun penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit kompikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-Gejala Eczema.

ACUTE ECZEMA
- Erythema : kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
-Papules : pembentukan tompok-tompok merah

ECZEMA KRONIK
-Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
-Kulit menebal kasar dan berkedut.

Punca -Punca Eczema
 Sehingga kini punca sebenar penyakit ini masih belum dikenalpasti sepenuhnya.Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetus Eczema seperti berikut:

Faktor-Faktor Dalaman ( Fizikal )
- Ahli keluarga yang mempunyai serajah yang mengalami penyakit eczema, asma dan allergi.
-Perubahan emosi ketara atau stress.
-Pemakanan atau minuman spt alkohol, produk tenusu , gandum , telur , makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor - Faktor Luaran ( Persekitaran )
- Bahan- bahan Iritasi : asap rokok, bahan kimia, Cuaca yang terlalu panas dan lembap atau sebaliknya.
- Alahan ( Allergens ) : Sabun , Syampu , serbuk bahan pencuci , kosmatik , kulat , debunga, haiwan peliharaan dan hame habuk rumah.

Rawatan Alternetif adalah perlu selain pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steriod yang banyak.

Selain sapuan di luar, pemulihan dalaman juga amat penting untuk anak-anak eczema. Berdasarkan pembacaan saya, pemakanan sunnah adalah yang paling sesuai dan berkesan dengannya. Saya mencadangkan kepada ibu berkenaan supaya cuba mengambil produk Ana Edar..iaiti Qaseh Gold Junior..Kita hanya berikhtiar namun, semuanya atas keizinan Allah S.W.T...

Para ibu yang mempunyai anak yang mengalami eczema bolehlah menghubungi saya ..
013-3473473..saya sedia membantu...






No comments:

Post a Comment