Wednesday, December 17, 2014

ANAK SEBAGAI ANUGERAH




Tanggal 13 Oktober 2013, jam 1248 pm, maka lahir seorang bayi lelaki. Saat kelahirannya sangat aku nantikan. Genap 7 hari,   aku dan suami memberikan namanya MUHAMMAD MA'ARUF. Walaupun ada 'suara-suara' menyatakan nama tersebut tidak "segah" nama kini, namun kami tetap memberikannya..

Namanya diambil sempena kelahirannya jatuh pada Hari Arafah di mana ketika itu umah islam sedang berwukuf di hadapan kaabah...aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang tidak ternilai ini...

Kini tanggal 13 Oktober 2014, genaplah usiannya 1tahun..semoga kelahiran ank sulungku ini memberikan banyak sinar dalam kehidupan kami pada masa akan datang sesuai dengan maknanya Ma'aruf yang membawa kepada kebaikan..insya allah..

Semoga MUHAMMAD MA'ARUF menjadi anak yang soleh serta berpegang teguh pada agama dan bangsa..amin..

 Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah SWT kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.





No comments:

Post a Comment