Friday, December 19, 2014

MR MAMA

Bismillahirrahmanirrahim....

MR. Mama....Tajuk yang menarik untuk saya kongsi bersama anda,,,
Pagi semalam sy melihat dan mendengar topik yang dikupas dalam rancangan ASSALAMUALAIKUM di TV AL-HIJRAH...Kisah yang menarik dan menyentuh hati,,,

MR. Mama..

Mungkin orang mendengarnya pelik tapi inilah sebenarnya yang perlu ada dalam diri setiap orang yang bergelar LELAKI baik suami, mahupun anak lelaki..

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentag isu ini..
Gelaran MR MAMA sebenarnya diberikan oleh orang awam kepada para suami yang melakukan kerja harian seperti menjaga anak, memasak, mengemas rumah dan perkara rutin yang kebiasaannya dilakukan oleh seorang Isteri..

Namun, sebenarnya tiada istilah MR MAMA dalam sebuah keluarga yang sakinah.
Dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang tanggung jawab seorang suami bukan hanya terletak dalam mencari nafkah lahiriah sahaja, malahan tugasan harian rumah sewajarnya dilakukan oleh Suami..Akibat daripada kerja ini sinonimnya dengan Isteri, sesetengah suami mengambil kesempatan...

Walau bagaimanapun, sebenarnya dalam melahirkan sebuah keluarga yang sakinah, dan mawaddah..seharusnya suami isteri perlu bertoleransi antara satu sama lain dalam setiap perkara mahupun dari segi kewangan mahupun tanggung jawab..

Saya petik dari kata-kata Ustaz Kazim Elias.."Suami jangan sibuk mempertikaikan haknya, begitu juga isteri, jangan sibuk mempertikaikan haknya sampai lupa tanggungjawab. Utamakan tanggungjawab ketepikan sedikat hak namun jangan abaikan hak tersebut. Insya Allah rumah tangga diredhai"

Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang memahami..Kala saya penat kerja seharian, suami yang akan meredakan keaadaan...Kala saya tidak cukup rehat, suami tanpa dipinta menghulurkan bantuan,.

Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan mawaddahNya kepada kami...Insya Allah..


No comments:

Post a Comment