Saturday, December 20, 2014

10 FAKTA TENTANG LEBAH



Kita sering melihat lebah ini menyakitkan, lebah ini merbahaya, lebah itu dan ini..Tanggapan negatif sering kedengaran jika kita bertanyakan tentang lebah kepada orang awam..Namun, tahukah kita sebenarnya ada yang menariknya tentang lebah ini??

Mari kita kaji fakta di bawah tentang lebah..


  1. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
  2. Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
  3. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
  4. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
  5. Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
  6. Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
  7. Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
  8. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah. Jadi jangan kacau sarang lebah ye adik-adik.
  9. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
  10. Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
Lihat..Hebat ciptaan Allah..Walaupun lebah nampak kecil namun sangat berguna kepada manusia...Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah jadi seperti lebah yang sentiasa berbakti kepada orang lain walaupun kita sendiri tercedera...


Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Konsultan Qaseh Gold Anda
Puan Hafizah (013-3473473)

No comments:

Post a Comment