Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?
Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.
Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.
Kredit 2 harianmetro
ANTARA KHASIAT MADU:
1-Melegakan sakit tekak dan batuk - madu bersifat antibakteria
2- Merawat luka dan cedera ringan - titiskan pada tempat yang luka, insya allah sembuh..(saya sendiri dah buatnya, alhamdulillah luka akibat minyak panas jadi sejuk)
3- Baik untuk sistem pencernaan..-senang nk buang ;-)
4- Mencantikkan dan menjadikan kulit lebih licin..
5- Menyihatkan rambut- rambut lebat dan sihat, bunuh kutu..
6- Memutihkan gigi - buat macam ubat gigi..
7- Mengelak cacing perosak dalam perut..
8- Mudah dan cepat diserap oleh badan..
9- Membekalkan tenaga yang diperluan oleh badan dengan cepat.
10- Mencerdikkan akal
dan yang paling utama MADU merupakan MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W..sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan hadis Nabi..
Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
"Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
"Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”
AWAS!! Kenali Madu asli..
Konsultant Qaseh Gold Anda
Puan Hafizah (013-3473473)
No comments:
Post a Comment