Tuesday, December 23, 2014

5 KELEBIHAN MADU UTK PESAKIT KENCING MANIS

Pasti dan sudah tentunya ada pembaca di luar sana tertanya-tanya..BOLEH atau TIDAK pesakit kencing manis mengambil MADU?? MADUKAN manis...Sama je kn ambil madu dan gula..Dua-dua manis..Tiada bezapun..dah tu nk gantikan gula dengan apa?? xmkn manis xbertenagalah..

Opss...ssssssshhhhhhhhhhhhh....Meh kita selidik fakta di bawah..

Kredit 2 totinx.com


  1. Madu memang manis. Tapi madu cuma meningkatkan SEDIKIT sahaja kadar gula dalam darah kalau nak dibandingkan dengan gula lain.
  2. Madu dapat meningkatkan kadar insulin. Insulin ni sejenis hormon yang berfungsi untuk menyerap glucose dalam darah. Jadi sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kencing manis kita.
  3. Madu asli juga dapat menurunkan kadar kolesterol, trigliceride dan meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik)  dalam badan.
  4. Madu dapat mengurangkan kadar glucose dalam darah serta elakkan daripada risiko penyakit jantung.
Nampak tak khasiat madu tu? TETAPI, kenapa gula still tinggi atau melonjak naik juga lepas kita makan madu? Haa sebelum makan madu, kita kena teliti juga keasliannya. Madu yang tak asli dan tak de kualiti ni memang tak memberi kesan pun pada kesihatan kita. Kadang-kadang makin memburukkan penyakit kencing manis kita adalah. Cari madu yang mempunyai kandungan air bawah 18% untuk kekalkan khasiatnya.

OK clear dak?? Faham dak?? Cari madu asli..Sebenarnya mudah je nk dapat madu asli..Sini saya kongsikan dengan anda testimoni tentang penggunaan madu yang boleh menstabilkan gula dalam darah...;-)




4 SIMPTOM / GEJALA KENCING MANIS KETIKA HAMIL (diabetis gestasi)

Ramai ibu-ibu masa kini yang hamil disahkan menghidap kencing manis...

APA SEBENARNYA DIABETIS GESTASI???
BAHAYAKAH UNTUK IBU DAN ANAK DALAM KANDUNGAN?? 
BOLEHKAH DIABETIS INI HILANG??

  • Diabetis gestasi merupakan kencing manis semasa hamil. Diabetis ini  berlaku disebabkan oleh  badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

  • Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 
  • Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

kredit 2 babycentre

4 SIMPTON / GEJALA YANG BOLEH DILIHAT SEKIRANYA IBU MEMPUNYAI DIABETIS 



  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.

  • Jika ibu-ibu mengalami simptom-simptom ini, silalah berbincang dengan dotor anda..Insya Allah doktor anda sedia membantu.. Namun, terdapat juga kaedah alternatif yang kita boleh ambil untuk mengatasi masalah diabetis gestasi ini..

    Antaranya;-

    1- diet yang sihat.. (makan 3kali sehari..jangan makan makanan manis dan berlemak..)
    2- Bersenam.. - Orang mengandung memang digalakkan bersenam.. Jangan manjakan sangat diri..nanti badan merana.. Petang-petang, ajakla suami berjalan keliling tasik / tanam, bercucuk tanam ke, basuh kereta ke,..hehe.. antara senaman yang aku buat dulu- speedwalk dan basketball.. 
    3-banyakkan minum air masak.. minum air masak takkan jadikan kita kembang..

    So, ibu ibu yang hamil dan risau sebab diabetes, lihat balik meal plan dan aktiviti anda.. kira kalori yang diambil..banyakkan sayur dan buah.. and jangan lupa makanan sunnah-susu kambing, kurma, habbatussauda, zaitun, delima, dan banyak lagi..=)

    Makanan sunnah ini ada terdapat dalam qaseh gold Adinda..=)


    10 KHASIAT MADU YANG PERLU KITA KETAHUI

    MADU..satu perkatan yang sinonim dengan manis..Adakah manis dari madu ini tidak sihat?? Bolehkah kita mengambil madu untuk keperluan harian?? Sebenarnya madu adalah salah satu penawar yang tertua di dunia. Walaupun rasanya manis, ia mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat untuk manusia. 



    Namun, sejauh manakah kita tahu khasiat madu?

    Menurut Dr Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

    Secara semula jadi, madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulfur, besi dan fosfat. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

    Kredit 2 harianmetro

    ANTARA KHASIAT MADU:

    1-Melegakan sakit tekak dan batuk - madu bersifat antibakteria
    2- Merawat luka dan cedera ringan - titiskan pada tempat yang luka, insya allah sembuh..(saya sendiri dah buatnya, alhamdulillah luka akibat minyak panas jadi sejuk)
    3- Baik untuk sistem pencernaan..-senang nk buang ;-)
    4- Mencantikkan dan menjadikan kulit lebih licin..
    5- Menyihatkan rambut- rambut lebat dan sihat, bunuh kutu..
    6- Memutihkan gigi - buat macam ubat gigi..
    7- Mengelak cacing perosak dalam perut..
    8- Mudah dan cepat diserap oleh badan..
    9- Membekalkan tenaga yang diperluan oleh badan dengan cepat.
    10- Mencerdikkan akal

    dan yang paling utama MADU merupakan MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W..sebagaimana termaktub dalam al-Quran dan hadis Nabi..

    Firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah An-Nahl yang bermaksud;
    "Tuhanmu yang menjadikanmu dan yang mengetahui keistimewaan dan susunan tubuhmu, zahir dan batinmu, mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon dan di tempat-tempat yang di buat oleh manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu, keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan"
    Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a:
    "Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad s.a.w lalu berkata: 'Sesungguhnya saudaraku sakit perut (cirit-birit)'. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Berilah dia minuman madu'. Kemudian, dia memberi saudaranya minum madu. Lalu dia datang semula dan berkata: 'Saya telah pun memberi minum dia dengan madu tetapi penyakit bukan berkurangan melainkan bertambah.' Rasulullah s.a.w menyuruhnya agar meneruskan meminum air madu sehingga tiga kali lagi. Kemudian, lelaki itu datang sekali lagi. Rasulullah s.a.w masih menyuruhnya meneruskan meminum air madu tetapi lelaki itu menjawab,'Saya telah memberinya minuman madu tetapi sakitnya masih bertambah.' Lalu Rasullullah s.a.w berkata:'Allah benar dan perut saudaramu itu yang berbohong.' Kemudian Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum madu kepada lelaki tersebut dan akhirnya sembuh.
    Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
    ”Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

    AWAS!! Kenali Madu asli..

    Konsultant Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (013-3473473)

    SOLAT DHUHA - KUNCI SEGALA REZEKI

    Assalamualaikum sahabat..

    Kita mulakan dengan kunci segala pembukaan pintu rezeki..



    Monday, December 22, 2014

    QASEH GOLD MILK BOOSTER

    Sering saya mendengar para ibu-ibu kerap mengeluh tentang susu tiada, nk bagi susu formulalah...padahal bayi kita baru sahaja beberapa hari...sedarlah ibu-ibu bahawa.....


    Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

    Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

    Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

    InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.

    Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

    Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

    Jom try QASEH GOLD ADINDA!!!

    QASEH GOLD ADINDA SEBAGAI ENERGY & MILK BOOSTER!!! 

    1- Qaseh Gold mengandungi Habbatus sauda yg terkenal untuk merangsang penghasilan susu badan. 

    2- Qaseh Gold penuh dengan zat besi & kalsium serta mineral yang melancarkan pengeluaran susu badan 

    3- Qaseh Gold juga bertindak melancarkan peredaran darah, dimana darah lancar dengan tekanan yang normal seterusnya melancarkan penghasilan susu badan.

    4- Qaseh Gold terdapat trypthofan yang berjaya menghilangkan penat & stress serta stabilkan mood si ibu.
    Apabila ibu gembira terhasil lah susu yang berkualiti & banyak...



    Konsultant  Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (013-3473473)

    7 Tips Merawat Bengkak Susu




    Kebanyakan ibu-ibu yang baru melahirkan terutamnya 1st time mother selalunya akan risau tentang masalah
    kekurangan susu/ tak cukup/ susu taknak keluar.  Namun begitu, ibu-ibu juga perlu ambil tahu tentang komplikasi lain yang mungkin berlaku seperti BENGKAK SUSU dan MASTITIS.

    APA ITU MASTITIS?


    tompok merah dan ketulan di bahagian bawah payudara

    Mastitis adalah sejenis keradangan pada payudara yang akan terjadi apabila saluran susu tersekat atau terjadinya infection pada payudara.  Bila terjadinya mastitis, ia akan jadi tersangat sakit pada breast dan mungkin boleh melemahkan semangat ibu-ibu menyusu.

    tompok merah di bahagian atas payudara

    Bagaimana nak tahu simptom mastitis? 
    Ya, kita kena perhatikan simptom supaya kita boleh ambil tindakan awal. Antara simptomnya adalah :
    • Rasa tidak selesa, sakit, ketulan dan tompok-tompok merah serta panas pada payudara
    • Rasa sakit menyucuk pada nipple semasa mula proses menyusu bayi
    • Mula rasa demam dan mungkin menggigil (ada yang panggil bentan)

    CARA MERAWAT BENGKAK SUSU/ MASTITIS DI RUMAH

    1. Makan Vitamin C 
    Bila kena mastitis ni, biasanya kita akan demam.

    Disarankan ambil pil/tablet bukan buah-buahan.  Tengah pantang kan?? Kalau saya, jadi bentan juga.. Demam menggigil sebab buah-buah bersifat sejuk.


    Vitamin C membantu meningkatkan sistem imun badan, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

    2. Tuam Panas dan Tuam Sejuk Berselang-seli

    Tuam panas  -
    Tuam panas ini bertujuan untuk mengurangkan sedikit bengkak dan membantu aliran susu lebih baik.
    Antara caranya boleh jadi mandi pancuran air suam atau kain yang dicelup air suam atau botol air yang diisi air suam atau macam mana sekalipun lah.  Pancuran air tu hala directly pada bahagian yang bengkak.

    Kain yang dicelup air suam panas
    Mandi pancuran air suam panas.. tahap kepanasan yang paling boleh tahan okay
    Kita tuam panas ni sambil pam/ menyusukan bayi. Untuk clearkan saluran susu yang tersumbat. sambil pam tu boleh guna sikat biasa dan sikat cik B dari atas/luar ke arah areola atau boleh juga urut secara circular di tompok-tompok yang bengkak perlahan-lahan..

    urut mana-mana ketulan dengan cara circular/memutar secara perlahan-lahan
    Tapi satu masalah lain; kalau tuam panas ni adalah susu akan sentiasa keluar dan keluar dan keluar..
    Tapi disebabkan ada saluran susu yang tersumbat/ tersekat/ block akan menyebabkan payudara lebih bengkak dan sakit

    So the next step membantu..

    Tuam sejuk -
    Caranya boleh guna ketulan ais yang dibalut dengan kain atau kalau ada ice-pack pun boleh.. Kelopak kobis yang sejuk dari peti sejuk pun adalah salah satu teknik tuam sejuk.

    Letak kelopak kobis yang telah disejukkan dalam peti ais
    atau gunakan air kiub yang dibalut dengan kain
    Tujuan tuam sejuk ni untuk 'sekat' atau 'renjat' atau memperlahankan pengeluaran susu dan melegakan payudara yang 'panas' dan sakit. Ia juga membantu mengurangkan rasa tidak selesa

    Amaran: 
    Tuam sejuk tak boleh lama-lama.. sebab boleh stop kan pengeluaran susu terus macam apa yang berlaku pada saya masa anak pertama.

    Selang-selikan tuam panas dan sejuk. Sebab kita nak clear kan saluran yang tersekat dan dalam masa yang sama kita taknak pengeluaran susu terganggu jadi kena buat selang-seli sehingga semua saluran susu clear dan susu dapat flow dengan baik..

    3. Makan Bawang Putih Mentah Sehingga Simptom Mastitis Hilang
    Antara khasiat bawang putih adalah ia membantu dalam melegakan keradangan (inflammation) akibat mastitis. 

    Bawang putih juga merupakan sejenis antibiotik semulajadi yang sangat kuat. Tompok-tompok merah yang sakit tu adalah salah satu tanda radang. Kalau dibiarkan mungkin melarat. Jadi pengambilan bawang putih mentah dalam menu pantang tu membantu.

    Caranya, bawang putih yang dah dikopek kulit tu dicincang dan campur dalam nasi putih panas yang kita nak
    makan. 

    cincang-cincang bawang putih mentah
    Namun begitu, perhatikan juga reaction baby pada bawang putih. Baby maybe tak suka 'rasa' bawang putih bila menyusu. Dan sekiranya perut baby macam tak selesa atau ada kesan sampingan, stop pengambilan bawang
    putih.

    4. Teruskan Penyusuan Bayi Dengan Kerap Untuk Halang Bengkak Susu/ Mastitis Berulang

    Ya, maybe akan sakit sikit tapi ini memang wajib dilakukan untuk pastikan saluran susu tidak berterusan tersumbat.

    Dan selalu offer baby breast yang bengkak tu dulu. Kadang-kadang mungkin susu tak banyak keluar sebab ada saluran tersumbat tapi teruskan sahaja.


    Pastikan bayi menyusu dengan kerap. Masa awal-awal pantang, susukan bayi setiap 2 jam sekurang-kurangnya.

    Ini memang dapat elakkan dari bengkak susu berulang lagi.. dan yang paling penting dapat memastikan penyusuan bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan dan seterusnya sehingga 2 tahun dengan pengenalan kepada makanan pepejal..

    Jangan cuba untuk wean off baby (putus susu) dengan memberi susu tiruan kepada bayi atau memperkenalkan botol susu.  Dikhuatiri production susu akan berkurangan dan baby juga akan keliru puting (nipple confusion).  NO NO NO!...


    Sekiranya bayi skip waktu menyusu, pastikan kita pam susu dan simpan mengikut cara penyimpanan susu yang disarankan.  Jika dibiarkan atau bayi kurang menyusu pada payudara yang sakit/bengkak ini, dikhuatiri susu akan berkurangan di payudara tersebut.


    5. Berjumpa Dengan Doktor

    Mastitis atau bengkak susu yang dibiarkan akan boleh menyebabkan jangkitan seterusnya terkumpul nanah atau terjadinya Breast Abscess.

    Jadi jangan dibiarkan melarat. Berjumpa dengan doktor.  Mungkin akan diberi antibiotik. Kalau dibiarkan melarat mungkin memerlukan pembedahan membuang nanah.

    6. Elak Dari Memakai Makaian Yang Ketat

    Pakai pakaian yang longgar sahaja dan kalau boleh tak perlu pakai pakaian dalam supaya tidak memberi 'tekanan' pada breast.  Dan tidur dalam keadaan terlentang/ mengiring (bukan meniarap).


    7. Minum Air Secukupnya dan Makan Makanan Berkhasiat Serta Cuba Dapatkan Rehat Yang Secukupnya  

    Memang sewaktu tempoh berpantang, susah sangat nak dapatkan tidur yang mencukupi.  Tapi cubalah.. Mana-mana kerja yang kurang penting, tinggalkan atau dapatkan bantuan orang lain.



    Konsultan Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (013-3473473)

    7 PETUA UNTUK IBU YANG INGIN MENYUSUKAN BAYI


    Assalamualaikum ibu-ibu di luar..Sihat?? Di sini saya ingin berkongsi dengan ibu-ibu tentang petua untuk ibu-ibu yang ingin menyusukan bayi,,

    Ingat ye wahai ibu, sekiranya mampu menyusukan bayi, susukanlah sehingga 2 tahun..
    Insya Allah..jika kita mempunyai niat yang betul, Allah akan membatu kita..letakkan azam, tekad dan iltizam untuk menyusukan bayi kita..

    Ingat!!! SUSU IBU adalah HAK ANAK SEPENUHNYA BUKAN HAK IBU,,Jadi, kita sebolehnya janganlah ambil hak anak kita..

    Jom baca petua ini...

    1.Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan ibu semasa hamil.
    2.Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda.
    3.Menyusui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi.
    4.Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang betul dan selesa supaya tidak terasa lenguh.
    5.Makan makanan yang seimbang dan minum air atau cecair yang mencukupi.
    6.Ingatlah bahawa lebih kerap penyusuan dilakukan semakin banyak susu akan dihasilkan.
    7. Sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t..Ingat, semuanya atas keizinan dari Nya..

    Semoga ibu-ibu berjaya..

    Konsultan Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (o13-3473473)

    DOA BANYAKKAN SUSU


    Saturday, December 20, 2014

    IBU HAMIL DAN QASEH GOLD

    Wanita hamil atau Mengandung biasanya me­ngalami alahan dalam trimester pertama (tiga bulan pertama) dan sering dikaitkan dengan...

    Sedang mengalami ‘morning sickness’??
    Perut sebu dan tidak selesa
    Mencari produk yg boleh membantu tumbesaran bayi yang dikandung??
    Paras HB (hemoglobin) rendah??

    Wanita mengandung sangat perlu menitikberatkan pengambilan asid folik. Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung.


    Tahukan anda Khasiat QASEH GOLD ADINDA – Formulasi Makannah adalah supliment terbaik Untuk Ibu Mengandung:
    Membantu menguatkan sistem PERTAHANAN badan (sistem imun).
    Membantu mengurangkan 'Morning Sickness' (alahan ibu mengandung).
    Membekalkan TENAGA yang berpanjangan.
    Merangsang penghasilan SUSU IBU yang banyak sejak dari mengandung.
    Melawaskan masalah PEMBUANGAN yang dialami wanita mengandung
    Membantu TUMBESARAN otak bayi dalam kandungan.

    ==>Qaseh Gold Adinda yang diperkaya dengan makanan-makanan sunnah seperti Kurma dan Delima memenuhi bekalan asid folik yang diperlukan ibu mengandung setiap hari.
    ==>Zat Besi sangat penting untuk wanita mengandung. Kekurangan zat besi menyebabkan paras Hemoglobin menjadi rendah (kekurangan sel darah merah) atau dikenali sebagai Anemia. Qaseh Gold Adinda sangat kaya dengan unsur zat besi.
    ==>Qaseh Gold Adinda membekalkan prebiotic (makanan kepada probiotik) semulajadi dari Gam Arab.
    ==>Qaseh Gold Adinda Juga mengandungi 'potassium' yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung.


    KANDUNGAN:
    Madu
    Kurma
    Habatus Sauda’
    Buah zaiton
    Buah Tiin
    Delima
    Air Zam-zam
    Gam Arab(prebiotic semulajadi)
    Diadunkan dengan herba tradisi seperti Za’faran, Ginkgo & Sireh
    Juga Herba Khusus untuk wanita Passiflora, Pegaga & Manjakani

    PENGESAHAN & PENGIKTIRAFAN
    100% HALAL (Produk Bumiputra ISLAM)
    IMP - Islamic Manufacturing Practice

    **Qaseh Gold Adinda boleh diteruskan selepas melahirkan.Malah sangat baik untuk ibu yang menyusukan kerana QGA membantu melancarkan pengeluaran Susu Ibu.


    Konsultan Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (013-3473473)


    SEJARAH IBU SUSU NABI MUHAMMAD S.A.W


    8 FUNGSI UTAMA HABATUSSAUDA

    Sejak ribuan tahun dahulu, Nigella Sativa, nama umumnya jintan hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus-Sauda, mempunyai ciri perubatan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh. Ia juga dapat mengatasi kepenatan dari aktiviti harian anda.
    Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
    “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
    Riwayat Imam Bukhari.
    kredit 2 cahayamentari marketing

     Nabi Muhammad S.A.w telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nabi.

    Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit. 

    8 FUNGSI UTAMA HABATUSSAUDA tersebut ialah

    1. Melegakan dan mengurangkan pembengkakkan di tubuh
    2. Mencegah sel darah dari membeku (anti thrombosis)
    3. Menguatkan sistem immune tubuh
    4. Mencegah kanser
    5. Membunuh kuman
    6. Menambah kandungan susu ibu
    7. Mengurangkan alahan
    8. Mengurangkan kadar gula dalam darah. Bagus untuk pesakit kencing manis.

    Sebenarnya dari hadith nabi di atas, kita difahamkan bahawa Habbatus Sauda adalah ubat bagi segala penyakit kecuali mati. 

    Habatussauda ini merupakan salah satu kandungan yang terdapat dalam Qaseh Gold Adinda dan Qaseh Gold Kekanda


    Kesimpulannya sekiranya kita mengalami apa-apa penyakit pun, ambillah Habbatus Sauda sebagai ubat dan penawarnya. Insya Allah penyakit akan sembuh.


    10 FAKTA TENTANG LEBAH



    Kita sering melihat lebah ini menyakitkan, lebah ini merbahaya, lebah itu dan ini..Tanggapan negatif sering kedengaran jika kita bertanyakan tentang lebah kepada orang awam..Namun, tahukah kita sebenarnya ada yang menariknya tentang lebah ini??

    Mari kita kaji fakta di bawah tentang lebah..


    1. Lebah mempunyai 5 mata, dua mata besar (mata kompaun) di kedua-dua belah kepala dan tiga ocelli (mata primitif) di bahagian atas kepala berfungsi untuk mengesan keamatan cahaya
    2. Lebah menggunakan Matahari sebagai kompas. Walaupun Matahari dilitupi awan, ia masih dapat mengesan kedudukannya daripada dalam kelompok yang lebih cerah di langit.
    3. Lebah dapat melihat cahaya ultraungu yang tidak dapat dilihat oleh manusia
    4. Lebah dapat terbang dengan kelajuan purata 13-15 batu sejam (kira-kira 20.92 – 24.24 kilometer sejam)
    5. Lebah mengembara sebanyak 1600 pusingan perjalanan untuk mendapatkan 1 auns madu dengan setiap perjalanan sejauh 6 batu. Untuk mendapatkan 2 pound madu, lebah mengembara dengan jarak yang sama dengan 4 kali mengelilingi bumi
    6. Lebah perlu pergi ke 2 juta kuntum bunga untuk menghasilkan 1 pound madu
    7. Sepanjang tempoh pengeluaran madu, jangka hayat lebah hanyalah lebih kurang 6 minggu sahaja.
    8. Satu sarang lebah mempunyai kira-kira 40-45,000 ekor lebah. Jadi jangan kacau sarang lebah ye adik-adik.
    9. Lebah madu adalah satu-satunya serangga yang menghasilkan makanan untuk manusia.
    10. Permaisuri lebah mengeluarkan 2000 biji telur sehari dengan kadar 5 atau 6 biji seminit. Ini menghasilkan kira-kira 175,000 – 200,000 biji teluar setahun
    Lihat..Hebat ciptaan Allah..Walaupun lebah nampak kecil namun sangat berguna kepada manusia...Oleh itu, kita sebagai umat islam haruslah jadi seperti lebah yang sentiasa berbakti kepada orang lain walaupun kita sendiri tercedera...


    Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)
    Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


    Konsultan Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (013-3473473)

    KEMATIAN ITU PASTI

    Assalamulaikum para pembaca budiman..Pada pagi ini saya jam 5.29 Pagi saya mendapat panggilan telefon tetang kematian orang yang hampir dengan saya...Innalillahi wainnailaihirajiun..Al-Fatihah kepada Allahyarham Ibu mertua kakak Ngah saya ..

    Teringat suatu ketika dahulu sewaktu pengajianku di UPSI, aku kerap pergi ke rumahnya untuk tidur di sana, makan buah-buahan di sana..Durian, rambutan, manggis..semua aku rasa,,teringat tentang kebaikannya..Benar janji ALLAH itu pasti..Kematian akan datang pada bila-bila masa tanpa kita tunggu, tanpa kita ketahui..sesungguhnya yang hidup pasti akan mati..Semoga rohnya dilimpahkan rahmah di bawah nanguannya..Amin..

    Firman Allah yang bermaksud "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat." Surah Ali Imran ayat 185.


    Konsultan Qaseh Gold Anda
    Puan Hafizah (013-3473473)